Thursday, July 31, 2008

TEMPAHAN AIDIL FITRI 2008

SEMPENA AIDIL FITIRI INI TEMPAHAN AKAN DIBUKA DALAM AWAL BULAN AUGUST INI NANTIKAN PENGUMUMANNYA YANG MERUPAKAN BISKUT & KEK LAPIS. SILA EMAIL ctleeza_05@yahoo.com / CALL 019-9539624

Tempahan Kek Lapis

31.07.2008 Kek lapis masam manis & strawberry yang ditempah oleh Zaiful. TQ zaiful

Repeat Order From Lin Yang ke 4

31.07.2008 - haa ini tempahan lin yang ke-4 moist choc cake sempena hari lahir suaminya yang tersayang. Semoga dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki dan kebahagian. Tq Lin

Monday, July 28, 2008

Order pertama Online ;)

26.07.2008 Ini adalah order online pertama Leeza from Nad. Nad order small choc moist cake. kek lapis masam manis & samperit. Tqvm Nad, for your support, harap berpuas hati kalau ada komen dialu-alukan :)

Thursday, July 24, 2008

Kelas Kek Kukus Sarawak

Hai lama tak update N3.... Citer skit Ahad lepas (20.07.08) Leeza masuk kelas kek kukus Sarawak kat Rawang di Bengkel Dayang http://dayangkek.blogspot.com/ . Seronok sgt dapt jumpa kengkawan yg sama minat. Ini adalah kelas ke 2 Leeza ngan Dayang. Tq dyg beri tunjuk ajar pada kami teknik2 yang amat penting dalam pembuatan kek lapis sarawak, akan ku praktiskannya walaupun telah lama aku menggunakan cara tersendiri :)

Buah tangan utk Dayang, kek choc moist sebiji & kek gula hangus separuh. Tart plak dyg order, tq dayang :)

Ini gambar kengkawan yang hadir bersama sifu kami, bergambar sebelum pulang.


Belakang berdiri Win baju merah (dia buat weeding kek), Ili (cikgu nie...), Izan (buat apa ekk, lupa dah sorry izan), Ayu (RTM sapa nak tiket free nak tgk artis buat show bole contact), duduk kat depan Hapizah, Sarra, Sifu Dayang kita, terlentuk tu Nadia, depan dia Rahah (haa.. bakal cikgu lagi) sebelah dia yg control ayu tu lea Leeza hehehe...sebelah tu izan juga namanya, baju merah tudung hitam & coklat tu antaranya Rohaila & Zalela tak sempat nak suruh sain autograph :). Harap semua student Dayang akak suksesssssss.....

Friday, July 18, 2008

CHOCOLATE MOIST CAKE

18.08.2008 Kek nie repeat order dr lin lagi, buat malam tadi... sedap katanya, familynya pun suka ;). Buat saize kecil berat dlm ><800gm>

SAMPERIT & ROYAL CHOCOLATE RICE

17.08.2008 cookies yang dibeli oleh Jun & Lin kat opis. Sesiapa yang berminat tu blehlah order :)

Tuesday, July 15, 2008

Kek Gula Hangus

Sabtu 12.07.08 lepas leeza try resipi kat sini http://myresipi.com/top/detail/647, alhamdulillah menjadi tima kacih kat empunya resipi, senang bangat.... Sempat juga buat 2 kali & hantar kat umah emak sedara yang buat kenduri pada hari ahad petang, nie gambarnya layannnnnn....

Sesiapa yang tak sempat tu bole lea order.....:)

Friday, July 11, 2008

11.07.2008 REPEAT ORDER FROM LIN & JUN


11.01.08 - repeat order Moist Chocolate Cake dari Lin untuk dibawa pulang ke rumah mertuanya di Sekincan, Selangor. Tq lin

Ini pula diorder oleh Jun untuk jamu ibunya yang akan datang dari Penang. Tq Jun & harap semuanya berpuas hati :)

Thursday, July 10, 2008

10.07.2008 TART NENAS

Dibeli oleh Harris, satu opis. Nasib ada stock. Tq Harris yang turut memberi sokong kat k leeza :)

09.07.2008 FOR MR. OSAMA



This order for MR. Osama my office mate from EGYPT. Semua cookies nie akan dibawa pulang ke kg halamannya sebagai buah tangan. Tq Mr. Osama :-)

08.07.2008 TEMPAHAN UTK CT HAJAR


Moist Chocolate Cake & shortbread cookies di order oleh Hajar khas utk suaminya sempena hari lahir. TQ Hajar

OFFICE MATE, KAWAN ADIK & KAKAK IPAR



05.07.08 (ptg) - Butter cake, kakak ipar suruh buat untuk kenduri kat rumah emak dia di Melaka buat 6 biji, yang 2 utk kirim kat emak 1 dan 1 lagi utk tetamu kat rumah. Yang 2 biji tu buat cake butter oren lupa plak ambil gambar....




05.07.06(pagi) - Moist chocolate cake utk kwn adik di bangi. Nak yang kecil aje katanya. TQ atas pesanan ini, harap ramai lagi kwn2nya yang akan memesan :)


Semenjak kebelakangan ni ramai pula peminat Chocolate Moist Cake... Pada 04.07.2008 aje 3 kek liza buat. Alhamdulillah walaupun bekerja dapat juga menepati hati pelanggan.



Lin tempah untuk makan2 aje...Tq, Lin



Untuk Jo & Junirda adik2 kat opis. Jun nak bawa balik Penang katanya. Tq2.. kat semua yang memberi sokongan.


Yang ini pula b'day kek anak Zura jiran kat rumah AMIR namaya yang ke-13. Request gambar batman tapi takda stok terpaksalah guna gambar Transformer aje. Ape2 jeala katanya. Anyway tq dan harap berpuas hati . Gambar guna hp aje....:)

Tuesday, July 8, 2008

TEMPAHAN-TEMPAH YANG LEPAS



B'day cake spongebox ditempah oleh MAST ofismate 03.06.2008 yanq sebelah tu...blueberry liza punya, tarikhnya sama ngan leeza punya b'day..hehehee




Ini b'day untuk anak kakak leeza di Melaka, di call tengahari petang dah kena bawa balik Melaka, nasib barangnya ada :-)



Pesanan kek lapis masam manis untk Zura jiran kat umah untuk kenduri anak buahnya. Tq zura.



Ditempah oleh kawan sekolah kakak ipar di putrajaya.



Ditempah oleh kakak ipar untuk raikan b'day anak2 muridnya sebelum cuti sekolah baru nie



Moist Chocolate Cake yang ditempah oleh kawan adik dibangi untuk dibawa pulang ke kampungnya di Terengganu. Terimakasih kat kawan adik leeza tu ya....



Monday, July 7, 2008

HAMZIE & AFIQAH B'DAY KEK


B'day kek utk Hamzie yang ke-9 tahun. Kami meraikan kat rumah saja. Senyum melebar mejie dapat kek spongebox. Moist Chocolate cake memang kegemaran ketiga2 anak leeza.


Cuppies buah tangan untuk rakan2 Afiqah di Smartreader Kids BTHO sempena harijadinya.


Ini pula Kek b'day, Afiqah diraikan pada 18 April 2008, tarikh lahirnya yang sebenar ialah 29 April. Seronok sangat dia bila dapat kek barbie, biasa budak perempuan semuanya nak pink kaler.

KEk PERTUNANGAN

Kek untuk pertunangan, diorder melalui kakak ipar leeza untuk adik kawannya. Dengar cerita kek nie tak jadi hantar sebab telah terlanggar oleh anak buah mereka, jadi menjadi hidangan mereka sekeluarga wakakaa... terpaksa beli yang lain untuk dijadikan hantaran. Anyway terimakasih kepada kawan akak ipar kerana sudi menempah. Terimkasih daun keladi lain kali order lagi :-)

Thursday, July 3, 2008

Assalamualaikum & salam sejahtera.....

Salam perkenalan untuk semua blogger. Terima kasih kepada semua yg akan singgah ke blog saya yang tak seberapa ini. Nantikan update terkini dari saya :-)

Juga diucapkan selamat menyambut Kedatangan Rejab 1429H
(Friday the 4th of July 2008)

Sama samalah kita ingat mengingati amalan amalan mulia yang penuh berkat ini………. BULAN REJAB

Pada 4 Julai 2008 (Jumaat) kita memasuki bulan Rejab. Bulan Rejab adalah bulan Allah swt. Let's overview ada apa di sebalik bulan Rejab itu. Diriwayatkan bahwa Rasulullah saw telah bersabda, "Ketahuilah bahwa bln Rejab itu adalah bulan ALLAH swt, maka:"

1. Barang siapa yang berpuasa 1 hari dalam bulan ini dengan ikhlas, maka pasti ia mendapat keredhaan yang besar dari ALLAH swt

2. Dan barang siapa berpuasa pada tanggal 27 Rejab 1429h/Isra Mi'raj (Rabu, 30 Julai 2008) akan mendapat pahala seperti 5 tahun berpuasa

3. Barang siapa yang berpuasa 2 hari di bulan Rejab akan mendapat kemuliaan di sisi ALLAH swt

4. Barang siapa yang berpuasa 3 hari yaitu pada tanggal 1, 2, dan 3 Rejab (4, 5, 6 Julai 2008) maka ALLAH swt akan memberikan pahala seperti 900 tahun berpuasa dan menyelamatkannya dari bahaya dunia dan seksa akhirat

5. Barang siapa berpuasa 5 hari dalam bulan ini, insyaallah permintaannya akan dimakbulkan Allah swt..InsyaAllah

6. Barang siapa berpuasa 7 hari dalam bulan ini, maka ditutupkan 7 pintu neraka Jahanam dan barang siapa berpuasa delapan hari maka akan dibukakan 8 pintu syurga

7. Barang siapa berpuasa 15 hari dalam bulan ini, maka ALLAH swt akan mengampuni dosa-dosanya yang telah lalu dan menggantikan kesemua kejahatannya dengan kebaikan, dan barang siapa yang menambah (hari-hari puasa) maka ALLAH swt akan menambahkan pahalanya."

Sabda Rasulullah saw lagi :"Pada malam Mi'raj, saya melihat sebuah sungai yang airnya lebih manis dari madu, lebih sejuk dari air batu dan lebih harum dari minyak wangi, lalu saya bertanya pada Jibril as "Wahai Jibril untuk siapakah sungai ini?" Maka berkata Jibrilb as "Ya Muhammad sungai ini adalah untuk orang yang membaca selawat untuk engkau dibulan Rejab ini."

Dalam sebuah riwayat Tsauban bercerita :"Ketika kami berjalan bersama-sama Rasulullah saw ke sebuah kubur, lalu Rasulullah saw berhenti dan beliau menangis dengan amat sedih, kemudian beliau berdoa kepada ALLAH swt. Lalu saya bertanya kepada beliau "Ya Rasulullah, mengapakah engkau menangis?" Lalu beliau bersabda "Wahai Tsauban, mereka itu sedang diseksa dalam kuburnya dan saya berdoa kepada ALLAH swt, lalu ALLAH swt meringankan atas mereka."

Sabda beliau lagi "Wahai Tsauban, kalaulah sekiranya mereka ini mahu berpuasa satu hari dan beribadah satu malam saja di bulan Rejab nescaya mereka tidak akan disiksa di dalam kubur." Tsauban bertanya "Ya Rasulullah, apakah hanya berpuasa satu hari dan beribadah satu malam dalam bulan Rejab sudah dapat mengelakkan dari seksa kubur?"

Sabda beliau "Wahai Tsauban, demi ALLAH Zat yang telah mengutus saya sebagai nabi, tiada seorang muslim lelaki dan perempuan yang berpuasa satu hari dan mengerjakan solat malam sekali dalam bulan Rejab dengan niat karena ALLAH swt, kecuali ALLAH swt mencatatkan baginya seperti berpuasa satu tahun dan mengerjakan solat malam satu tahun."