Monday, December 29, 2008

Bulk Order Kek Lapis

Alhamdulillah, siap juga akhirnya tempahan untuk majlis perkahwinan anak boss angah kat Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC). Total lebih kuang 670 dicampur sebiji kek lapis prune seberat 3 kilo untuk hantaran.

Antara Packing utk VIP

Box yang telah di isi
Dah siap packing
Antara persiapan awal

Sunday, December 28, 2008

TEMPAHAN SEBELUM BERRCUTI YANG LEPAS

Chocolate Moist Cake ditempah oleh Lin adik kat opis. Ini adalah tempahan kali ke berapa ya lin? :)

Antara tempahan2 untuk kawan2 kat opis.

Tempahan untuk Mazlan dari Bandar Tun Hussien Onn

Tempahan ini utk Kak Rohani Penang yang menempah Kek Lapis masam Manis, Horlick & Milo, dan Manik Urai serta Puteri Ain dari Shah Alam menempah Kek Lapis masam Manis dan Horlick & Milo (Holiday In).


TESTIMONI :kek sdp sgt, fresh pula tu, x mcm saya order dr s'wak aritu. lain kali nkorder lg lah (kak Rohani - PENANG)

TESTIMONI : sedap nnt bole order lagi (Puteri Ain - Seksyen 8, Shah Alam)

DITAG OLEH ZANIE & SITI - kerja yang tertangguh

Rules:

Snap work station anda then... taruk link blog anda kat bawah gambar work station anda...iaitu bersebelahan dengan link-link blog yang ada..tengok contoh yang dibuat nih...begitulah seterusnya sampai bila-bila, ok...sekiranya tag ini berkembang... pasti akan ada banyak link-link di bawahnya...kalau tak... terencat la dia... ha ha ha...lastly...tolong pass tag ini pada tujuh (7) blogger lain...pass la pada siapa-siapa..


1. @LiYaNNuaR / Azza / Suzi / Kak Aniza / Shada / EynaJB / Intan_JB / Riezanie/leeza

2. @LiYaNNuaR / Azza / Suzi / Kak Aniza / Shada / EynaJB/Siti /leeza


Sebenarnya leeza ditag oleh 2 rakan cyber iaitu Siti & Zanie, untuk mereka berdua leeza ucapkan timakacih ampunnnnn dah lama baru nak siapkan keja nie :).

Disebabkan dah lama dan baru jea balik dari bercuti leeza nak pass kan tag nie kepada sesiapa yg belum dapat sudi2kanlah yea jangan segan2 ambilll tau.


Saturday, December 6, 2008

PEMBERITAHUAN (NOTIS)



Salam, kepada semua pengunjung bakery leeza ;D.... Mengumumkan bahawa tuan rumah akan bercuti dari 6hb hingga 24hb December dan berada diluar liputan.

Dengan ini Leeza & Family ingin mengucapkan selamat menyambut Aidil Adha dan menjalankan ibadah Qurban, moga sama-sama kita diberkati.....Aminn